Monday, June 2, 2014

SRIVIJAYA: BERDIRINYA EMPAYAR MELAYU PERTAMA

 

“Aku tidak percaya kaum yang bangsaku jajah ini pernah membina sebuah tamadun sehebat ini!”
Mungkin itu ialah ucapan yang keluar daripada seorang sejarawan barat yang bernama G.Coedes selepas melakukan penemuan yang begitu mengagumkan serta menggegar dunia. Suatu masa dahulu, pernah wujud sebuah Empayar Maritim yang pernah berkuasa di Asia Tenggara. Sebuah empayar yang pernh menundukkan banyak bangsa di dunia. Sebuah empayar yang menjadi “ruling class” di asia tenggara. Tahukah anda empayar itu dibina oleh nenek moyang bangsa Melayu?
Suatu masa sebelum penemuan G.Coedes, sejarawan masih pening kepala cuba untuk menafsir, siapakah Sanfosi, Sibhoja, dan Sanfoqi yang diperkatakan oleh tamadun-tamadun hebat dunia? Tamadun China tidak pernah lekang menceritakan tentang satu bangsa yang menjadi tempat rujukan agama Budha, pembina universiti terkemuka untuk para sami dari India dan China belajar tentang agama Buddha.
Sesungguhnya, cerita epik bangsa Melayu masih kemas dalam dakapan bangsa luar. Mereka kenal siapa kita sehingga Israel menubuhkan satu-satunya pangkalan tentera mereka diluar negara mereka di Singapura. Tahukah anda banyak bangsa di dunia ini tidak mahu ketinggalan bercerita mengenai Empayar Melayu Srivijaya?